Apa nak jadi? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, kentut tak busuk.




entries tagboard archives others Nama saya Iffah! 13. Sekolah Menengah Yishun Town. :)

Pertandingan Blogging 2010.
Thursday, 29 July 2010 @ 19:23

Pada pendapat saya, pertandingan ini amat berguna bagi pelajar-pelajar Melayu seperti saya kerana kita dapat mempelajari tentang budaya kita dengan lebih mendalam lagi. Pertandingan ini telah banyak memanfaatkan. Saya perlu mencari infomasi mengenai Budaya Melayu dan dengan itu saya dapat menimba ilmu. Saya juga dapat mempelajari tentang adat resam budaya Melayu kita. :)

Harap-harap pertandingan blogging ini dapat sambutan yang baik dan juga, pertandingan blogging ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.
perwatakn orang melayu.
@ 09:49

Perwatakan orang melayu yang penuh dengan budi bahasa, sopan santun dan kasih sayang. Tolong menolong antara satu sama lain adalah perkara yang amat penting dan diberatkan. Kita juga bergotong royong apabila mempunyai majlis seperti keramaian, majlis perkahwinan dan juga kematian.

Jiran tetangga juga amat penting kerana kita saling bertemu. Kita harus bantu-membantu dan memberi salam atau senyuman apabila bertemu.

Kita juga harus menghormati orang tua kerana mereka mempunyai lebih pengalaman dan memberi perlbagai pengajaran kepada kita.

Jika kita tidak bersopan santun dan tidak menghormati orang lain, mereka juga tidak akan menhormati kita. Oleh itu, kita harus berbaik-baik antara satu sama lain.
Budaya bukan sahaja merangkumi aspek-aspek kesenian dan fizikal. Budaya merangkumi aspek dalaman - iaitu, nilai-nilai dan pemikiran orang Melayu.
Wednesday, 28 July 2010 @ 19:18

Pemikiran orang melayu pada zaman dahulu banyak pantang larang, petua-petua. Hingga kini, ia masih diikuti oleh orang-orang melayu zaman sekarang.

Contohnya:
  • Jangan buka tingkap pada waktu malam.
  • Jangan langgar bendol.
  • Anak dara jika nyanyi di dapur sukar dapat suami.
  • Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.
dan banyak lagi. Tidak semua petua-petua yang masih diikuti oleh orang-orang Melayu zaman sekarang. Ada juga tidak diikuti lagi kerana tidak relevan. Kita boleh pilih untuk percaya atau tidak. Terpulang kepada diri masing-masing.
adab resam perkahwinan orang melayu.
@ 02:37

Majlis perkahwinan zaman ini menelan bukan sahaja seratus tetapi beribu ribu dolar, katering makanan, dekorasi, hantaran daripada barang-barang yang berjenama, tempahan mak andam, pakaian dan banyak lagi. ini semua memeningkan kepala kedua mempelai.

bukankah mudah jika kita mengikut seperti orang-orang dahulu yang hanya mementingkan apa yang wajib sahaja? tidak perlulah kita membazir duit. ada juga yang tidak mahu kahwin kerana harus membayar wang yang begitu banyak untuk hantaran dan persediaan perkahwinan.

dalam hal ini, adat resam bolehlah diketepikan. ambil sahaja lah pernikahan dan sedikit jamuan untuk para tetamu. ini sudah tentu, tidak memberatkan mana-mana pihak. wang yang ada boleh diberlanjakan pada benda-benda lain yang lebih mustahak seperti tempat tinggal, kenderaan dan simpanan untuk masa hadapan.
pelakon melayu vs pelakon orang barat.
Tuesday, 27 July 2010 @ 09:24

P. Ramlee, Saloma, S Samsudin, Wahid Sata, Normadiah, Saadiah adalah nama-nama synonym dengan kegemilangan filem melayu pada zaman 40-an dan 50-an. Mereka begitu menjaga nama baik mereka sebagai pelakon melayu yang dikenal ramai, yang diconohi oleh masyarakat sekeliling. Mereka jarang sekali kelihatan di kalangan masyarakat, mereka tidak dibernakan bercampur gaul sesuka hati dengan peminat dan sesiapa sahaja dek kerana mahu menjaga nama baik mereka sebagai pelakon melayu yang menjunjung etika kemelayuan. Mereka begitu berdisiplin dan dihormati oleh peminat mereka.

Sungguh berbeza sekali jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon yang seangkatan dengan mereka seperti Marilyn Monroe, Elvis Presely, Sophia Lauren, Jerry Lewis dan banyak lagi. Kelakuan mereka sungguh berlainan. Mereka bercampur gaul tanpa batas, minum arak, makan ubat-ubatan terlarang dengan berlebih-lebihan hingga mendatangkan maut. Mereka juga bertukar-tukar pasangan tanpa ingkatan perkahwinan dan tidak segan silu mendedahkan anak luar nikah mereka di khalayak ramai. Tidak mereka sedar, mereka adalah contoh pada generasi yang akan datang?

Jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon melayu kita, kelakuan sedemikian tidak akan terjadi kerana ia tidak langsung dibenarkan. Mereka diibaratkan seperti ibu memberi contoh kepada anak-anak. Jika putih, putih lah ia, jika hitam, hitam lah ia. kamu boleh pilih, hitam atau putih?
pakaian tradisional melayu.
@ 09:04



Baju kurung, baju kebaya, songket, samping, songkok, selendang, teronsang, batik adalah sebahagian daripada pakaian kebudayaan kita. Sekarang ini, jarang saya lihat orang melayu ke kerja memakai baju kurung. Mereka lebih selesa memakai pakaian moden yang dianggap ringkas dan mudah. Mereka hanyah memakai baju tradisional apabila ada majlis perkahwinan, hari perayaan seperti hari raya haji dan aidilfitri, ke masjid, acara kematian dan banyak lagi.

Tujuan memakai pakaian tradisional ini pada hari-hari yang disebut di atas, tidak memadai. Ia sudah tersasar dari tujuan sebenar seperti mengekalkan unusul-unsul kesopanan, kemelayuan, adat resam yang harus dijunjung tinggi, tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas.

Baju kurung boleh dikatakan antara baju yang amat selesa. Dikenakan dengan material-material yang sejuk seperti sutera dan satin dan potongannya yang agak longgar dan menutup aurat, begitu sesuai sekali unutk wanita melayu memperagakannya ke mana sahaja.

Tetapi, sayang seribu sayang, ditelan pahit, dibuang sayang, remaja sekarang merasa rimasm ketinggalan zaman dan dianggap punuh jika mengenakan pakaian tradisional ini. Semoga renung-renungkanlah apa yang telah saya utarakan ini.
makanan tradisional melayu. sungguh enak sekali!
Monday, 26 July 2010 @ 05:38

Kfc, McDonalds, Burger King, Pizza Hut, Pastamania..makanan segera yang boleh didapati dengan mudah sekali, di mana sahaja. Justeru itu, ramai orang Melayu lebih menyukai makanan seperti ini kerana ia cepat, mudah dan senang didapati di merata Sinagpura, tetapi adakah ia sihat?

Bandingkan makanan-makanan ini dengan makanan-makanan asli melayu. Tentu sekali, makanan melayu adalah lebih sihat dan murah! Tidak perlu belanja banyak sangat, perut pun cepat kenyang, duit pun tak cepat habis.


Tempat paling mudah yang boleh didapati makanan seperti ini adalah di rumah, masakan ibu. Lauk pauk seperti ayam masak merah, kegemaran saya tu! Lagi, rendang ayam atau daging, daging berlada, lauk lemak turi bersama keledek yang penuh dengan khasiat. Makanan yang beitu mudah dibuat seperti sambal belacan digandingkan dengan ulam-ulaman mentah seperti petai, jering dan banyak lagi. Semua mempunya khasiat-khasiat tersendiri.

Restoran yang agak terkenal, harga berpatutan seperti Hajjah Maimunah, Rumah Minang, Warung Pariaman dna banyak lagi.

Oleh itu, jangan la memandang ringan terhadap makanan melayu kita. Belum lagi saya sentuh kuih-muihnya. Menyebutnya sahaja sudah membuat saya lapar.